Monday, October 21, 2013

klinik kembiri SPCA setapak

 

sambungan yang hari tu. 
*
*
*
ahad baru-baru ni bawak jugak mina dengan ponyo pegi klinik untuk mandulkan diorang. sampai sana dalam pukul 9. klinik tu senang je nak cari sebab dia betul-betul kat depan balai bomba setapak. mana-mana yang pakai waze atau gps and nak cari tempat ni, korang boleh search ikut balai bomba ayer jerneh setapak. ala, dekat sangat dengan kl festival city. 

sampai dekat sana, kita terus register untuk kucing. better pegi awal so kita dapat giliran awal. registration dia open dari pukul 9 sampai 1.30 tapi operation/surgeri ni dia buat sampai 4.30. kucing pulak, malam sebelum nak kena operate tu, please puasakan. jangan bagi makan/minum apa2. macam mina dengan ponyo hari tu, saya siap bawak diorang masuk bilik sebab takut diorang pegi tompang makan dekat rumah orang sebelah. 

lepas hantar dan register kucing ni untuk proses pemandulan, kita boleh g jalan-jalan dulu. macam hari tu, mina dengan ponyo turn no 5 dengan 6. so, lepas hantar diorang pegi jalan-jalan sekejap la dekat kl festival tu. 

dalam pkul 4, balik semula ke klinik kembiri ni sebab diorang call and cakap dah siap. doktor cakap mina ada something dalam badan. kalau x buang nanti boleh jadi kanser. so, dia ni kena buat major operation la. nasib baik jugak datang sini. kalau tak mane nak dapat kesan pasal kanser ni sume kan. 

waktu kita dah ambik kucing kita, diorang akan ajar semua cara-cara nak jaga. time ni kucing memang kena jaga lebih la sebab takut luka diorang ada infection nanti. cage kena kering. so kena rajin tukar alas. saya pakai surat khabar je. senang sikit pagi sebelum keje saya tukar, malam lepas balik keje pun saya tukar. 

so, pada sape2 yang ada kucing and nak mandulkan diorang, boleh pegi dekat sini, servis memang tip top but harga affordable. mina dengan ponyo punya harga surgery total=rm190.

hopefully, post yang ni dapat membantu mana-man yang berhajat nak mandulkan kucing-kucing anda and terkial-kial cari dalam google klinik-klinik yang munasabah harganya untuk proses ni. sebab dulu, memang time nak cari klinik, google macam gila jugak. ramai yang suggest klinik swasta yang mahal. kalau ada klinik kerajaan pun, nak tunggu turn tu, sampai kucing kita ni beranak balik pun belum tentu kekosongan ada. 

OH, LUPA NAK PESAN, PLEASE BUAT APPOINMENT BEFORE DATANG SINI K. NO TEPON KLINIK NI ADA SAYA LETAK DALAM PREVIOUS POST ENTRY

mana2 yang nak tau benefit dan kenapa kita kena mandulkan kucing boleh baca kat bawah ni ye:

What is Spay/Neuter?
The term neutering refers to a minor operation to remove the reproductive organs of the male and female animal, while spaying is specific to female animals.
  1. Heath Benefits
    • Females
      - Decreases the risk of mammary tumors (breast cancer)
      - Eliminates the risk of uterine infections (pyometra)
      - Reduces the risk of TVT (Transmissible Venereal Tumour), a sexually transmitted cancer.
      - Avoid the risks of pregnancy and birth.
    • Males
      - Reduces the chances of TVT
      - Eliminates the risk of testicular cancer
      - Markedly reduces the risk of prostrate cancer, anal gland cancer

  2. 1.Behaviour Benefits
    • Reduces stress
    • Prevents wandering and roaming in search of females, which can lead to:
      - road accidents
      - fighting leading to wounds and infections
      - spread of diseases such as TVT
    • Eliminates marking of territory by urine spraying and reduces odor
    • Reduces interdog aggression.
    • Avoid embarrassing moments where dogs like to 'mount' on peoples leg.
    • Eliminate the the frantic pacing and crying while in heat.
    • Spayed and neutered pets are more relaxed, and more homely

yang bawah ni fatwa dari jakim pulak untuk mana-mana yang takut memandulkan binatang ni melanggar hukum syarak.
 
We have referred to the "Jawatankuasa Kemajuan Islam Malaysia" regarding the neutering of pets. Below is the "fatwa" issued by JAKIM (July 2002):

"All pets like cats and dogs are allowed to be neutered or spayed in order to maintain the health and welfare of both the animals and the community."

"Bahawa mengembiri binatang kesayangan seperti kucing atau anjing hukumnya adalah diharuskan dengan sebab-sebab tertentu iaitu bagi menjaga muslahat ummah."

After studying the messages of the aforementioned "mazhab"s and the medical viewpoint of the SPCA animal experts, 'JAKIM' has decided that neutering of cats for reasons of 'maslahat' is acceptable. It is in agreement with 'qaedah' (way) Fiqhiyyah which states "To choose the lesser of two evils".

Saturday, October 19, 2013

mandulkan kucing dengan harga rendah

 


 

assalamualaikum..

ni kucing kami. sekor nama ponyo, sekor lagi nama mina. ala, kucing2 kampung je. diorang ni boleh dikategorikan sebagai kucing hot kat area kampung ni. ponyo dah 2 kali bunting. mina pulak dah tunjuk tanda2 berminat dengan kucing jantan. sebab dah x larat nak handle anak2 kucing and x tahan nak jaga banyak sangat kucing, saya plan nak hantar untuk mandulkan diorang. check dengan vet tapi bapak mahal kos untuk neuter/spay kucing2 ni. paling rendah pun dalam rm150. kalau sekor rm150, 2 ekor x ke jadi rm300? merata2 gak la google untuk klinik2 kerajaan/klinik2 murah untuk mandulkan kucing ni. akhirnya terjumpa la klinik kembiri haiwan yang dekat area setapak. klinik ni ada usaha sama dengan SPCA. diorang sediakan perkhidmatan neuter/spay kucing dengan harga yang murah sebab diorang galakkan kita hantar kucing2 jalanan untuk mengelakkan diorang terus membiak dan terbiar. untuk kucing betina, rate dia bermula dengan harga rm80 dan untuk kucing jantan rate bermula dengan harga rm60 (kalau kucing x de masalah). jauh lebih murah dari klinik swasta kan? kat bawah ni ada alamat dan no telefon dia. untuk maklumat lanjut korang boleh visit website diorang kat sini k:  klinik kembiri DBKL. appoinment untuk ponyo dengan mina esok, so nanti saya update dekat sini servis dan perkhidmatan diorang.
DBKL-SPCA Klinik Kembiri
Pusat Kurungan Haiwan
Jabatan Kesihatan DBKL
Jalan Air Jerneh
Air Panas, Setapak
53200 Kuala Lumpur

Tel:
014-3228544

Tuesday, September 17, 2013

destinasi bajet- Penang part 2




sambungan post hari tu.

alhamdulillah trip penang hari tu berjalan macam yang diplan. time pergi dengan balik, langsung takde hujan. ye la kan, risau gak sebenarnye sebab bulan ni memang musim hujan

ok, so back to bussiness. tips untuk yang bergerak ke penang dari area shah alam, korang boleh ikut Guthrie. kat situ jalan memang clear. tapi tol banyak la. x silap, ada lebih kurang 4 tol yang harga rm1.40, pastu tol dah sampai penang tu dalam rm40. tol nak masuk jambatan pulau pinang dalam rm7 *mahal nak mampus kan?*. so, total dalam rm52.60. ni tol untuk pegi je tau. kalau balik, korang boleh exclude tol rm7 untuk jambatan pulau pinang tu sebab nak kluar dari pulau, x yah bayar *bahasa senangnye, tol dia ni 1 way je time nak masuk pulau*

now, nak citer sikit tentang hotel murah yang kitorang duduk. nama dia 100 cintra street kat jalan cintra. 1 malam harga dia rm50. bilik x besar pun, kira muat2 je 2 org. tapi service hotel ni memang terbaik. owner dengan pekerja dia sangat2 friendly. lagi 1, pintu besar hotel ni sentiasa dikunci, so org luar memang x boleh masuk. tapi biasa la kan, hotel murah ni x leh nak expect lebih. dia x de la provide benda2 cam toiletries, heater, dll mcm hotel2 lain2 dia juat bagi towel je and plug dalam bilik pun ada 1 je. bilik ni x de aircond *pakai kipas je* tapi still sejuk. tandas pun kena share ramai2 kat luar. kat sini memang x sesuai kalau korang nak pegi trip yang selesa. kebanyakan yg datang dekat hotel ni pun sume tourist. ada tu dah sebulan dekat malaysia so diorang pilih tempat2 murah je untuk menginap. jap nak share gambar kat hotel tu. 


 


 

hotel ni boleh dikatakan sangat strategik, sebab dia dekat dengan tempat2 makan yang femes kat penang. kitorang hari tu jalan kaki je untuk pegi nasi kandar beratur masjid kapitan keling, nasi kandar line clear, cendol famous penang road,  roti canai dan roti bakar transfer road, chowrasta, dan tempat jual jeruk madu pak ali. *ni sume tempat tang wajib pegi tau*. tips untuk makan2 kat penang, jangan makan makanan yang dalam kedai mewah2. pegi makan dekat gerai yang lorong2 tu je. yang tu sebenarnya yang terBAEKKKKK. 

kedai ni bukak dalam pukul 10. tapi, please datang dalam pukul 9. serius ramai yang beratur kalau korang lambat

haaaa...ramai x? ni belum pkul 10 lagi tau

nasi kandar beratur. worth the wait!!

mamak transfer road. please don't judge a book from its cover. roti canai sini terbaik.. mamak sini buat roti canai ikut suka has. so, jangan terkejut kalau riti canai yang datang tu dalam bentuk bintang ye..

roti canai ayam. serius, terkenang

ni sebelah je kedai roti canai. nama dia roti bakar telu gelang. roti ni dia bakar atas dapur arang. heaven!!!

bukan je dekat ngan tempat makan, hotel ni jugak dekat dengan street art yang diorang letak kat lorong2 kecik sepanjang georgetown ni. gambar seperti di bawah:

 


 


 


 


 


 

tips terakhir utk mana2 yg first time pegi penang ni, korang please pegi kota cornwallis dlu. sebabnye kat sana nanti diorang provide pamplet utk tampat2 mknn best dan kawasan menarik untuk dilawati. lagi 1, penang ni x banyak signboard. kalau korang ada GPS, lagi senang. sbb serius akan sesat..

so, lastly, kos untuk pergi penang dari shah alam:

minyak (saga FLX) = RM80 (pergi balik)
tol  = rm98.20 (pergi balik)
hotel = rm100 (2 malam)

total = rm278.20

hopefully, ni boleh membantu mana2 yang nak buat percutian bajet macam saya hari tu.. :)

Thursday, September 12, 2013

destinasi budget pulau pinang

lamanya tak berblog. now, terbukak hati nak tulis blog balik. sampai bila? x sure lagi.

soklan: kenapa tiba-tiba nak update blog balik? dah setaun tinggal ni..

sebab bulan ni plan nak pegi holiday kat penang. buat percutian bajet dengan kawan sebelum kitorang masing2 jadi bini orang *dia taun depan nak kawin, aku pulak x tau lagi..hihi*. nak holiday ni macam2 nak kena pikir, start dari hotel, minyak, tol, makan, dan lain2.. so, ada banyak jugak google sini sana untuk dapat info tapi hasilnya sangat limited.

contohnya kalau nak google hotel2 murah dekat kawasan penang, rate yang kluar kebanyakannya dalam rm100 ke atas untuk 1 malam. review / feedback tempat tu pun x banyak.

so, bayangkan, kalau nak pergi tido sana dalam 2 malam, untuk hotel saja dah dalam rm200 *paling busuk la*, minyak dalam rm100 *pergi balik dari KL, bawak saga FLX*, tol dengar citer dalam rm45. so, total sume dalam rm345. kalau pergi 2 orang dalam rm172.50 sorang.

dah jenuh google, tiba2 jumpa hotel yang harga dalm rm50 je 1 malam. dari gambar yg dia tunjuk nampak ok. kawan pun dah seronok sebab hotel ni klasik sangat. dia buat ikut 'old chinese concept'. tak ramai local yang datang sini, tapi kebanyakan review / feedback yang foreigner bagi, sangat memuaskan. ada yang sampai datang 2 3 malaysia ni, and still pilih tempat tu.

so, nanti saya akan update tentang holiday ni kat sini sebab saya tau ramai bujang-bujangan yang pergi holiday ni prefer untuk berjimat *sebab duit nak dilaburkan kat tempat lain kan??..hehe*. target holiday ni, rm300 ke bawah. hopefully, i can give a good review about my trip!!

Tuesday, November 20, 2012

after more than a year

pejam celik pejam celik dah lebih setahun blog ni langsung x berusik. kalau blog ni hidup dalam realiti, jangankan  labah2, gajah ngan rimau pun dah berhabitat dalam ni. bukak blog senyap2 dalam office *oh yeah, i am a working lady now. high five sikit*. sistem tengah down so memang semua kerja x boleh jalan. baca balik semua post yang pernah ada dalam blog ni and tiba2 tergerak hati nak letak entry baru. biar la x de sape pon yang nak baca, janji ni jadi kenangan untuk diri sendiri. hopefully this is not the last time. hope system will down again some other time so i can put new entry again *sorry bos*.



byebye :)

Monday, September 5, 2011

cerita raya saya


suasana raya pertama

zon larangan sentuh. kalau x ada je la yang gatal tangan nak bawak turun baju yang dah siap gosok tu. *balik-balik aku jugak yang kena gosok semula*

acara wajib buat pagi2 raya mestilah acara salam menyalam. tengah salam pon sibuk nak ambik gambar. puas kontrol muka waktu salam











dah habis salam, jom gerak pergi rumah makcik pulak.semua pon dah janji nak berkumpul kat sana je..

shooting untuk family photo. siap angkut  alat-alat studio lagi untuk raya kali ni. *punya la sanggup*

hasilnya~~~TADA!!!!

dah habis bergambar bagai, jom kita...

pegi beraya!!!

sebab hari tu tengah panas terik, sampai-sampai je rumah orang, lepas salam, ada yang ambik posisi depan kipas dan tros terbongkang.


x senonoh. *nasib baik la rumah sedara sendiri*
yang lain sume turun bawah dan main dan buat photoshoot lagi kat kebun depan rumah orang * tu yang best bila balik kampung tu*




anak-anak dara+mak orang yang gile glemer di hari raya *haruslah*
aksi lompat dari batang pokok kelapa. sian kat budak-budak kecik yang x paham apa kami nak buat. kat tunggul pokok kelapa tu pulak ada 1 kepala duk sengih gak pandang kamera. *dia kata dia penunggu pokok kelapa..hahaha*

ni gambar konon-kononnya nak nampak efek tangan panjang. tangan dari tengah boleh peluk bahu orang hujung. *macam x jadi sangat tapi nya*
gambar revolusi dari awal tamadun manusia hingga ke zaman moden *tengok yang zaman moden tu siap bawak handbag lagi*


konon-kononnya dia tengah panjat pokok kelapa la ni tapi sebenarnya kaki duk jejak tanah lagi *efek dari bawah sebab nak nampak dia dah panjat tinggi*

bila masing-masing pon dah berpeluh tak hengat dunia, yangkecik pon dah start nagis-nangis sebab mengantuk, tu la petanda dah kena balik.


last picture before balik

~bye bye~

the making of hari raya

lambat sikit update post pasal raya. seminggu ni memang x lekat kat rumah. berjalan je manjang sebab nak bagi sempat beraya sebelum masuk sekolah *cuti sekolah seminggu je*. before post pasal raya, nak post pasal apa jadi malam raya tu..



ni sume kereta yang ada pada hari kejadian. lebih kurang ada 9 buah sume nye (7 family). nasib baik tanah rumah ni besar.pandai-pandai la adjust parking nak bagi muat
disebabkan family besar, boleh la nak buat persiapan over sikit *sikit je, x banyak pon*. bunyi kuali, periuk, belanga, pung pang pung pang, 2 km depan dah boleh dengar *ok, itu obvious tipu*


lepas arwah tok start sakit, x penah dah kitorang buat dodol untuk raya sebab x de sape yang sanggup nak kacau. sebab semua pon dah besar panjang, aktiviti berdodol dimasukkan semula dalam tentatif majlis. *tapi buat sikit je. ni pon nyaris ada yang nak mengamuk sebab penat mengacau*


buat ketupat *wajib okeh*
kat dalam rumah pulak ada orang buat kuih 'putu kacang'. jarang dah orang buat kuih ni. ni pon arwah tok yang selalu buat dulu.

kacang tu kita mampatkan secara brutal *sila lihat pisau sebagai rujukan* dalam acuan dia. buat la macam mana cara dan gaya sekali pon. janji dia mampat. *kuih ni x de syarat*

dah siap mampat, ketuk bagi dia keluar dari acuan. kuih ni spesel sebab x yah nak masak-masak. jemur je kat tengah panas sesuka hatinya

sebab takut hujan, geng abah-abah pasang atap atas zon dodol

ni aksi menyuap nasi ke mulut anak ye, bukan mulut sendiri *orang sebelah tahan je la*

ni siang ikan untuk makan berbuka nanti *ikan talapia bakar*

bila dah petang, masing-masing pon dah terlepek. *join anak tido skali*

yang perempuan pulak prepare untuk berbuka

menu: sayur campur, gulai sayur labu, ikan talapia bakar, sambal belacan, gulai daging salai, sambal perut *meleleh air liur nih*

side belah kanan

side belah kiri

dah habis makan, kemas dapur, dan solat maghrib jemaah, pergi main bunga api pulak

para penonton bunga api

#gambar bakar lemang dan masak rendang x sempat nak ambik sebab dah penat sesangat