Monday, September 5, 2011

cerita raya saya


suasana raya pertama

zon larangan sentuh. kalau x ada je la yang gatal tangan nak bawak turun baju yang dah siap gosok tu. *balik-balik aku jugak yang kena gosok semula*

acara wajib buat pagi2 raya mestilah acara salam menyalam. tengah salam pon sibuk nak ambik gambar. puas kontrol muka waktu salam











dah habis salam, jom gerak pergi rumah makcik pulak.semua pon dah janji nak berkumpul kat sana je..

shooting untuk family photo. siap angkut  alat-alat studio lagi untuk raya kali ni. *punya la sanggup*

hasilnya~~~TADA!!!!

dah habis bergambar bagai, jom kita...

pegi beraya!!!

sebab hari tu tengah panas terik, sampai-sampai je rumah orang, lepas salam, ada yang ambik posisi depan kipas dan tros terbongkang.


x senonoh. *nasib baik la rumah sedara sendiri*
yang lain sume turun bawah dan main dan buat photoshoot lagi kat kebun depan rumah orang * tu yang best bila balik kampung tu*




anak-anak dara+mak orang yang gile glemer di hari raya *haruslah*
aksi lompat dari batang pokok kelapa. sian kat budak-budak kecik yang x paham apa kami nak buat. kat tunggul pokok kelapa tu pulak ada 1 kepala duk sengih gak pandang kamera. *dia kata dia penunggu pokok kelapa..hahaha*

ni gambar konon-kononnya nak nampak efek tangan panjang. tangan dari tengah boleh peluk bahu orang hujung. *macam x jadi sangat tapi nya*
gambar revolusi dari awal tamadun manusia hingga ke zaman moden *tengok yang zaman moden tu siap bawak handbag lagi*


konon-kononnya dia tengah panjat pokok kelapa la ni tapi sebenarnya kaki duk jejak tanah lagi *efek dari bawah sebab nak nampak dia dah panjat tinggi*

bila masing-masing pon dah berpeluh tak hengat dunia, yangkecik pon dah start nagis-nangis sebab mengantuk, tu la petanda dah kena balik.


last picture before balik

~bye bye~

the making of hari raya

lambat sikit update post pasal raya. seminggu ni memang x lekat kat rumah. berjalan je manjang sebab nak bagi sempat beraya sebelum masuk sekolah *cuti sekolah seminggu je*. before post pasal raya, nak post pasal apa jadi malam raya tu..



ni sume kereta yang ada pada hari kejadian. lebih kurang ada 9 buah sume nye (7 family). nasib baik tanah rumah ni besar.pandai-pandai la adjust parking nak bagi muat
disebabkan family besar, boleh la nak buat persiapan over sikit *sikit je, x banyak pon*. bunyi kuali, periuk, belanga, pung pang pung pang, 2 km depan dah boleh dengar *ok, itu obvious tipu*


lepas arwah tok start sakit, x penah dah kitorang buat dodol untuk raya sebab x de sape yang sanggup nak kacau. sebab semua pon dah besar panjang, aktiviti berdodol dimasukkan semula dalam tentatif majlis. *tapi buat sikit je. ni pon nyaris ada yang nak mengamuk sebab penat mengacau*


buat ketupat *wajib okeh*
kat dalam rumah pulak ada orang buat kuih 'putu kacang'. jarang dah orang buat kuih ni. ni pon arwah tok yang selalu buat dulu.

kacang tu kita mampatkan secara brutal *sila lihat pisau sebagai rujukan* dalam acuan dia. buat la macam mana cara dan gaya sekali pon. janji dia mampat. *kuih ni x de syarat*

dah siap mampat, ketuk bagi dia keluar dari acuan. kuih ni spesel sebab x yah nak masak-masak. jemur je kat tengah panas sesuka hatinya

sebab takut hujan, geng abah-abah pasang atap atas zon dodol

ni aksi menyuap nasi ke mulut anak ye, bukan mulut sendiri *orang sebelah tahan je la*

ni siang ikan untuk makan berbuka nanti *ikan talapia bakar*

bila dah petang, masing-masing pon dah terlepek. *join anak tido skali*

yang perempuan pulak prepare untuk berbuka

menu: sayur campur, gulai sayur labu, ikan talapia bakar, sambal belacan, gulai daging salai, sambal perut *meleleh air liur nih*

side belah kanan

side belah kiri

dah habis makan, kemas dapur, dan solat maghrib jemaah, pergi main bunga api pulak

para penonton bunga api

#gambar bakar lemang dan masak rendang x sempat nak ambik sebab dah penat sesangat