Monday, September 5, 2011

the making of hari raya

lambat sikit update post pasal raya. seminggu ni memang x lekat kat rumah. berjalan je manjang sebab nak bagi sempat beraya sebelum masuk sekolah *cuti sekolah seminggu je*. before post pasal raya, nak post pasal apa jadi malam raya tu..



ni sume kereta yang ada pada hari kejadian. lebih kurang ada 9 buah sume nye (7 family). nasib baik tanah rumah ni besar.pandai-pandai la adjust parking nak bagi muat
disebabkan family besar, boleh la nak buat persiapan over sikit *sikit je, x banyak pon*. bunyi kuali, periuk, belanga, pung pang pung pang, 2 km depan dah boleh dengar *ok, itu obvious tipu*


lepas arwah tok start sakit, x penah dah kitorang buat dodol untuk raya sebab x de sape yang sanggup nak kacau. sebab semua pon dah besar panjang, aktiviti berdodol dimasukkan semula dalam tentatif majlis. *tapi buat sikit je. ni pon nyaris ada yang nak mengamuk sebab penat mengacau*


buat ketupat *wajib okeh*
kat dalam rumah pulak ada orang buat kuih 'putu kacang'. jarang dah orang buat kuih ni. ni pon arwah tok yang selalu buat dulu.

kacang tu kita mampatkan secara brutal *sila lihat pisau sebagai rujukan* dalam acuan dia. buat la macam mana cara dan gaya sekali pon. janji dia mampat. *kuih ni x de syarat*

dah siap mampat, ketuk bagi dia keluar dari acuan. kuih ni spesel sebab x yah nak masak-masak. jemur je kat tengah panas sesuka hatinya

sebab takut hujan, geng abah-abah pasang atap atas zon dodol

ni aksi menyuap nasi ke mulut anak ye, bukan mulut sendiri *orang sebelah tahan je la*

ni siang ikan untuk makan berbuka nanti *ikan talapia bakar*

bila dah petang, masing-masing pon dah terlepek. *join anak tido skali*

yang perempuan pulak prepare untuk berbuka

menu: sayur campur, gulai sayur labu, ikan talapia bakar, sambal belacan, gulai daging salai, sambal perut *meleleh air liur nih*

side belah kanan

side belah kiri

dah habis makan, kemas dapur, dan solat maghrib jemaah, pergi main bunga api pulak

para penonton bunga api

#gambar bakar lemang dan masak rendang x sempat nak ambik sebab dah penat sesangat

No comments: