Friday, June 17, 2011

post cincai

lama dah x update pape kat blog ni
sbb mggu ni dah start keje
jadi BABY SITTER
aku jaga 4 orang budak
paling tua umur 6 tahun
paling kecik umo setaun lebih


banyak ngat benda yg aku blajar waktu jaga budak2 ni:

  • budak kecik ni suka bangun awal eh.. pukul 7 lebey mata dah terkangkang besor. kalau aku la jadi diorang, pukul 12.30 baru aku bangun. then pukul 1 tdo balik.
  •  
  • kalau datang mood 'berkawan', jalan dalam rumah pon nak pimpin tangan. siap ada bunyi 'la la la' lagi.. tapi dah datang mood jeles, bila aku dukung sorang, yang sorang lagi msti x puas hati.. last2 kena dukung 2 2 serentak.
  • sila jangan ajar budak2 kecik main lambong2. mula2 aku pun srnok tgk bdk 2 gelak bila aku lambong. tapi diorang ni x tau nak berenti. 20x lambong pon diorang relek je lagi.. penat woo. boleh tercabut tangan. kalau dah sorang 20x lambung, 4 orang bukan 80x ke aku melambong sehari?? *aku nak mintak gaji up nih*

  • cara nak senyap kan budak2? aku pasang je youtube, bagi diorang tengok video lagu2. ha.. baru diam. aman bahagia aku. pulak 2 aku buat cmtu dlm bilik ekon. pasang ekon, ttp lmpu, bkk laptop, setel.. aku pun menumpang la skali baring atas katil.. agak2 ada yg check, aku nyanyi la skali.. ala, takat twinkle2 little star 2, bole je..

#gambo x de plk kali ni sbb t'tnggl kamera kat umah. x pe, mggu dpn blh bawak kamera, snap gbr banyak2. x la bosan aku nnt..

p/s: saya pandai jaga buak. ADA YANG NAK KAWEN NGAN SAYA X??...hehehehe

Wednesday, June 8, 2011

macam pengantin baru

ye ke pengantin baru suka duduk dalam bilik?? diorang buat pe je dalam bilik 2?? hurmmm....


 mak nak g keje mak bukak pintu bilik

'jangan bangun lambat sangat. kemas rumah, jemur baju, sapu depan rumah, masak nasi, bla bla bla'

'okess'


mak balik keje mak bukak pintu bilik

'ai, x kan tido lagi kot'

'dak eh, duduk main laptop je'


petang abah balik joging abah bukak pintu bilik

'buat pe?'

'x de ape. baca komik je'


2 la rutin harian nya
aku memang suka duduk dalam bilik
kadang2 x kuar langsung pun x pe..
perut lapar baru hegeh2 nak cari makanan kat dapur
jangan salah paham
aku bukan kaki tido..

hari 2 waktu aku nak cat bilik ni kaler merah, ramai yang x bagi. sebab diorang kata kaler merah ni kaler aktif, nanti kang aku x leh nak tido. tapi lepas aku guling2 nangis kat lantai kedai cat 2, akhirnya abah aku belikan jugak cat merah ni. dengan 1 syarat, 1 dinding je yang boleh merah.*cis, baru plan nak cat syiling pon merah* . alhamdulillah aku tido pon ok je. nampak nye cat x mampu nak gugat tido aku.


 
teddy bear ni orang bagi. kena simpan leklok. yang tergantung kat leher dia 2 medal yang along dapat waktu konvo u dia.*kalau orang tanya, aku cakap aku punya dah 2*




hadiah2 orang bagi, kotak comey2, album gambar, komik, dvd album sume aku letak sini je.




duduk bilik memang x penah bosan. komik pon aku dah letak dalam bilik. agak2 bosan ngn laptop, boleh baca mende nih.




nak buang air?? takde masalah. tandas pon ada ni. sebab 2 x yah kluar bilik dah




ni aku buat sendiri. pakai hiasan langsir mak aku je..*sori curik*
.
p/s: kalau de pantry dalam bilik kan best

Monday, June 6, 2011

keysha contest (aku & tudung)

dah lama kazen aku, ajak join contest ni. 
tapi baru ni la aku terpikir nak join jugak.. 
(sebab bosan gile skang ni)
ok, hajimasho!!! 
('jom start' dalm bahasa jepun...hehehehe)




sape2 nak join, boleh la main klik2 kat SINI!!


dah puas belek2 album
rasa2nya nak letak gambar ni la..



nak tag kat

SAYONARA!!!

contest friend forever



 

first time nk join contest nih...hihihi..tq incik pencipta contest 
sape my friend forever??
jeng jeng jeng...(efek untuk bagi nebes)

.
.
.


ni gambar kawan-kawan aku dari zaman sekolah sampai sekarang
aku kenal budak2 ni dari 2002 (form 2) sampai la sekarang ni..
kitorang dulu duduk asrama
susah senang memang sama2
tolong angkat air sama2 waktu aspuri x de air
penah share sebungkus megi makan ramai2 sebab lapar tengah2 malam
sama2 ponteng prep
sama2 gak ushar budak2 aspura..*opsss*


x nmpk?? 
xpe, aku dh prepare gmbr muka kasi clear..
TADAAA!!!
nak ajak :


untuk join sekali
AYUH!!!!

kalau menang boleh dapat baju ni

weeeeeeeeeee... sori sya, tiba2 tersuke baju yang same..*sebab cute sesangat*

Sunday, June 5, 2011

hang tuah pernah berkata, tuah akan datang bergolek di hari yang bertuah

family aku memang x penak miss cabutan bertuah
pegi la mana pon
mesti ada menang gak
even dapat hamper kecik nak mammpos (yang dalam 2 cuma ada megi n air tin)
yang paling bertuah dalam family ni is mak
ntah jampi apa dia guna
kadang2 aku saje curi no dia
sebab nak merasa bertuah gak
tapi hari ni hari paling bertuah kot
hadiah cabutan paling besar dalam sejarah keluarga
semput gak la nak angkut dalam kete
puas pusing2 kan kedudukan
sebab nak bagi muat
kalau dah nak masuk kan pon dah sekian, nak kuar kan pulak lain citer
ejas kiri sikit, kanan sikit, atas bawah sikit
dapat apa pulak kali ni??
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.

jeng jeng jeng,, perlu hati hati untuk mengelakkan ada bakul dan tongkat yang terpesong dari posisi (patah la 2).

adik aku cakap
'wa ngah, pasni boleh r beli eksesori sikit, letak raben juntai2 sikit, hias raga dia 2, baru comel nak bawak g shah alam'

huh!!!! x nak aku

p/s: penah tengok orang rempit naik basikal?? here i come..

Wednesday, June 1, 2011

sekolah berasrama penuh integrasi kuantan (sbpik)

dulu aku pangil SBPIK
skrang ni aku dengar ada yang panggil sekolah ni INTEK
aku sekolah sini dari tahun 2004-2005
aku pindah ke sekolah ni  hasil daripada result pmr aku
(gua pandai der. ni la hasilnya)
aku masuk kiranya jadi first batch kat sini (sekolah baru)
tapi dulu aku x suka pun sekolah ni
sikit pun x
aku ni x la budak jahat, tapi x la baik sangat
kat sekolah lama, aku dah biasa buat benda nakal2 bodoh 
n x de sape nak halang
(p/s: nakal bodoh x sama dengan jahat ye)

antara benda nakal bodoh aku buat kat sekolah lama:
  • letak gam kat pemegang loker buku teks. sape2 yang nk bukak loker, mmg melekit habis la tangan diorang
  • letak garam kat dalam air dormmate sempena april fool. (ada sorang akak ni rutin wajib dia is makan ubat sblm tdo. sebab aku agak menympah dengan dia, aku pegi mintak garam kat dewan makan, cakap aku ada sakit ulser- petua sape ntah kalau ulser letak garam. dah tu aku letak garam tu alam air dia. bukan sikit2, memang konfem masin (sebab aku rasa). mana tau bila dia minum je air tu, dia boleh mengamuk sakan. sampai sudah aku x ngaku 2 keje aku)
  • aku suka main kejar2 kat kawasan hostel. ada satu malam 2 tengah main kejar2, aku x sedar kat depan aku ada pokok bunga (bukan calag2 punya pokok bunga. kat batang pokok 2 ada duri). dlm duk syok lari sambil pandang orang yang kejar aku 2, aku toleh je ke depan, ada bapak besar punya pokok bunga. x sempat nk brek, dh x de masa nak elak, aku  sempat mengucap je, n dengan bergayanya aku pun langgar pokok bunga 2. esok pegi kelas muka calar balar. cikgu ingat aku kena ragging. tapi aku bagi alasan aku kena cakar dek kucing. start dari hari 2, aku dh x nmpk sekor kucing pon kat hostel aku 2 (dh kena buang ke?)
  • lepas je musim exam, aku pegi sekolah dari hostel pukul 10pagi.before g sekolah, singgah jap dewan makan untuk mintak nasi lemak sarapan pagi tadi. dah masuk kelas, cikgu ambik attendance, aku balik semula dorm pukul 12 n sambung tido.
  • ni rahsia aku. x de sape pon tau. aku penah masak megi pakai air teo dalam gayung. sebab? bekas makanan aku hilang n makcik dewan makan x nak layan aku bila aku mintak air. (p/s- gayung aku bersih wo. x main la letak2 spender dlm gayung ni)
  • menyorok dalam toilet atau belakang bengkel KH untuk elakkan diri dari disaman pengawas. ni sume bila aku datang lambat n x sempat nak pegi perhimpunan.
  • menyorok dalam loker, ats loker, belakang katil, bawah katil, dalam shower, belakang towel, belakang ampaian kain dalam dorm sebab x nak pergi prep (punya la sanggup)
  • etc-x larat nak taip.
ni sume yang aku buat and x pernah kena tangkap. tapi bila aku pindah sekolah baru, aku jadi terkejut. budak sume baik2a and pandai2. bila aku nak jadi kreatf sikit kat sek 2 (nak buat nakal la), sure kena tangkap. benda yg aku rasa x jahat tapi kena denda kaw2:
  • lambat g subuh (kena rotan 2x)
  • x pegi dengar orang berdebat kat dalam dewan (sebab aku tengah berlambak keje sekolah) - kena berdiri tengah panas untuk sejam+lari 10x court bola jaring in 10 minit. 
  • lambat subuh (lari round padang sek 10x)
  • lupa letak baju dalam loker - nyaris warden nk campak baju aku dalam tong sampah
  • etc- malas nak pikir. kang sedih...isk isk isk
walaupun aku x suka sekolah 2, tapi tiba2 hari ni aku terpikir nak google pasal sek 2. da google2, aku pun jumpa la gambar2 sekolah



ni dewan sekolah. dulu waktu zaman aku dulu, kosong je dewan ni.. skang dah ada langsir bagai. kalau zoom, boleh nampak kat belakang tu siap ada drum..perghhh!! *dulu kami mampu main kompang je*


ni ko-op ke ni?? walaweh.. hebat btol. dh macam 7E aku tgk. sume ada. *aku dulu nak beli ubat pensil pon sokmo nye x de*

untuk gambar ni, bukan budak2 ni yang aku nak tunjuk. aku kenal deme pon idok.. dulu banner kat belakang 2 cerah lagi kaler nye. skrang dah naik kelabu. board yang ada kotak kuning 2 pulak countdown untuk spm. bila tiap2 pagi tengok and tiba2 nombor dia dah tinggal 2 digit je, aku memang jadi gelabah *aku paling menci menatang 2 la*
pokok2 kat belakang budak2 ni dulu kecik je.. pokok2 ni la mngsa aku bile aku tengah stress dalam sekolah ni. aku petik, hempuk, n cabut tanpa perikemanusiaan *mintak maap incik pokok*


ni la baju batik asrama aku. *jangan tertekan tengok dengan result mereka*
  

baju yang kaler2 ni dia bagi mengikut kaler rumah sukan. aku dulu rumah merah, so, baju aku pun merah la


ni acara paling seronok. GRADUASI.. bukan sume sekolah ada ni  




 tapi bagus gak aku masuk sekolah ni.
sebab sekolah ni la aku belajar pasal disiplin
sebab sekolah ni jugak aku belajar ikut peraturan
hidup x boleh nak main sesuka hati je
so, benda normal waktu kita belajar kita ada feeling x suka sekolah kita
lebih2 lagi yang jenis peraturan ketat sikit ni
(x yah sape2 nak tipu kata x ye..)
but, bila kita dah tinggal kan sume 2, kita mesti rindu gak kat dia
(serius aku rindu sekolah tu skrang)
kalau aku x tau berdisiplin and ikut peraturan agaknya sekarang aku x jadi macam aku sekarang
(w'pun skrang ni x la jenis yang mengikut sangat)


p/s: waktu2 dulu kalau jadi nakal bodoh memang la comel kot tapi dah tua2 gini aku nak buat perangai gitu gak, memang nak kena hempuk la kan..