Sunday, July 31, 2011

sebelum ramadhan

sebab minggu ni dah start puasa. hujung minggu baru ni aku ngn budak2 yang dah lebam otak buat lab sepanjang cuti ni, kuar pegi sunway tengok citer captain america.. citer 2 memang superb. duduk seat depan skali *yang kena tune kepala hampir 90 darjah tu* but still puas hati.. sebab kitorang sampai awal, so before wayang start, g jalan2 dulu..


first stop, mekdi la dulu.. lapar nak mampos sebab pagi tu kuar dari rumah x makan pape pon. pegi mekdi sebab lunch hour kat mekdi murah *overdose sos+blackppepper*


tiba-tiba ada lagi sorang classmate *miss gojes fara eliza* kat sunway sebab dia nak shopping raya ngan adik2 dia*kelas gitu shoping raya kat sunway*. so semantara nak tunggu dia, ushar orang2 bawah main  ice skate.


incik ni terror gile main. lepas penat celah2, dia slambe je duduk atas ice ring 2

kalau aku yang main, ni la posisi yang akan aku ambik * tepi dinding sebab boleh pegang*
suka tengok mat salleh 2 ajar anak dia skating *sir, u teach me also can or not??*

yang tengah 2 la fara eliza. dia nak cepat so, x leh nak join tengok captain america

discuss nak pegi jalan mana


tengok pameran sport car pulak. ushar2 gak harga, mana tau mampu *heks*
ada yang cakap ni model lama.*lama ke baru ke, aku still x mampu :( *

jumpa mr ginger bread kat depan okashi-ya.. takut, tapi nak ambik gambar gak 
aku belajar jepun, ya= kedai/shop, okashi= pelik/weird/funny/unusual.. betul x hanis sensei??


viva and nik

jalan punya jala, x sedar yang dah nak dekat pukul 2 but x semayang zohor lagi.. cepat2 carik surau, semayang, and kitorang lambat masuk wayang 2 nak dekat 10 min.
malam semalam ada orang belanja dinner sebelum puasa. terima kasih daun keladi kat sabree aka abie and wan sebab bawak aku makan ayam penyet yang SANGAT BEST!!!.. lain kali blanja lagi k..
 
p/s: happy fasting people :p



Friday, July 29, 2011

superfinalyearstudent

sambil buat projek sambil layan fb n download muvi... *multitalented*
#skang ni sambil update blog sambil dilute collagen dengan acetic acid~~

Wednesday, July 27, 2011

final year project part 2


hari ni penat sikit dalam lab. banyak sangat masalah2 kecik yang jadi. filter funnel hilang lah, tube x jumpe lah, etc. pening kepala nak setelkan mende2 leceh cmnih. dah penat-penat carik, tiba2 motor dia 2 rosak la plk..*hadoiii la*.. tapi lab disambung semula *eceh* dengan wajah separa ceria

last-last aku filter pakai mende nih je.. janji collagen aku 2 tertapis kan *niat menghalalkan cara*

nampak x? nampak x? yang macam likat-likat tu la collagen *agaknya*

lepas dah habis tapis segala bagai, letak la pulak kat dalam centrifuge sebab nak asingkan acetic acid dengan collagen.


baru nak ceria sepenuhnya, tiba-tiba centrifuge pulak macam problem. aku nak pakai speed 14,000g untuk sejam, tapi centrifuge kat sini max dia cuma 3500g.. nak x nak, otak kena jadi kretip balik. elok-elok centrifuge sejam je, aku jadikan dia 4 jam.. (3500 x 4 = 14000)..*boleh ke gini??...hentam la labu*

makan tengah hari pukul 3.30.. x perasan dah lambat. sedar2je perut dah sakit *sebab gastrik*.. baru teringat yang pagi tadi x sempat nak makan. tengok dalam purse ada 2ringgit je.. ni je la yg mampu *isk,isk,isk...sedeh*

#badan penat+pening kepala = tido.. bila boleh balik nih???

Monday, July 25, 2011

ke perak lah pulok!!!



minggu lepas ada classmate ajak pegi join program KENDURI SISWA kat kg layang-layang kanan, parit perak. disebabkan aku free dan program tu pun FREE, so, aku pun join la skali..


kat sana tdo kat uitm sri iskandar. dah lama sangat x duduk kolej ni, masing2 over eksaited

posing sambil jawab telefon *suruh orang sebelah sana tunggu kejap sebab nak senyum kat kamera*

petang tu kena pegi tengok match bola jaring and futsal antara uitm *perak, kedah, penang, perlis, shah alam*

pasukan sorak uitm shah alam. *biar kalah, janji bergaya*

team bola jaring uitm shah alam *kaler purple*..  dapat no 3. *ok la tuh!* dari 4 team..hehehehe

malam pulak tengok friendly match antara uitm dengan team dato' nizar *kuning/dato' nizar (bersih) lawan putih/uitm (suci)*

pasukan sorak uitm posing dengan hamper bola jaring petang tadi.. *acara akikah beramai-ramai bermula*

tengok bola kat seat vvip.. jarak penonton ngn line tepi padang x sampai semeter. *nasib baik diorang main manja-manja je kalau x masing-masing mesti kena libas ngan bola*

pagi esoknye, nak pegi kg layang-layang kanan, parit. sebab x de breakfast, kami breakfast ngn air tin. *beli kat mesin gedegang aka vending machine*


habis kenduri tros balik.. sambil tunggu bas uitm sampai, ambik gambar jap kat trademark kg layang2 kanan. *tugu layang-layang kat belah kanan jalan*

on the way balik shah alam, pakcik bas pasang mohabbatein *pergh, feeling habis*

pukul 7.30 sampai shah alam, then lari balik rumahsewa cepat-cepat sebab nak tengok match antara malaysia ngan singapore..

Wednesday, July 20, 2011

penang mai

hari ni lab tutup sebab ada orang datang buat audit, so aku x bole nak masuk lab buat project. lagi pon sample2 ikan aku 2, aku tengah letakdalam freeze drier (utk keringkan dia) n isnin depan baru bole nak kluarkan dia.. malam tadi aku tido umah classmate aku, peko-chan n hari ni dia ajak tolong dia buat laksa penang *nyum nyum nyum nyum*

ok, segala 'instrument' dan 'senjata' sudah bersedia *perang-mode time*

pegi pasar, jumpa cili kering ni. bapak segala besar. kitorang beli jugak sebab murah *warna je lebey, tapi x pedas langsung*

o yeah, bahan-bahan nya~


tengah-tengah nak buat 2, x jumpa pulak la tutup blender. habis selongkar 1 dapur, pastuh tros give up. kitorang pon..

tutup pakai piring je lah.. janji bertutup
lepas sejam bertumbuk kat dapur 2....


jeng jeng jeng... *SUPERB+MABELES*









# ni kalau tunjuk kat bakal mak mertua pon, memang bakal mak mertua restu lah aku dimartabatkan sebagai menantu

p/s: ada gambar yang lupa nak rotate, sila tune kepala sesuka hati

Tuesday, July 19, 2011

sabtu lepas..

bosan2 sabtu hari 2, g ajak hosmet jejalan kat shah alam city centre (sacc) n makan mi. dh lama sgt dh plannye tp baru2 ni la ada masa nk pegi..

sampai-sampai je sacc nampak bapak ramai manusia *puas selit-selit, laga-laga bahu, baru dapat masuk sacc*

patut la.. K-POP rupanya. naik meroyan gadis-gadis sunti peminat-susah-mati ahli2 k-pop.. *nasib baik aku x termasuk*

lepas bertarung nyawa meredah peminat2 tegar k-pop *okeh, tipu saje*, akhirnya sampai kedai mi..

nama kedai: only mee, kalau zoom gambar 2, ada nampak caption '1 meter teh tarik'. kalau dia tarik x cukup 1 meter, kita bole pulang balik *okeh, tipu lagi*

sambil tunggu mi, bole main pilih2 sudu

antara menu yang ada kat kedai 2:,







tengah-tengan syok amik gambar, mi kami pon sampai

TADA!!! semangkuk besor.. ni nama dia mi wantan. *teringin nak makan ramen sbnrnye..tp sedih sbb x de*

sarah seronok mi dia dh dtg. dia macam nak x nak je bila aku amik gambar ni
 
mi tu memang best gile.. sekejap je dah habis *walopon mi dia semangkuk besar*
ha..licin sudey. *kantoi gelojoh sebab sudu je sampai 3*
 



 



Thursday, July 14, 2011

final year project part 1

aku dah start buat project
tajuk project aku ' collagen extraction from stripped catfish"

p/s: STRIPPED CATFISH bukan lah bermaksud ikan dan kucing yang berbogel bersama2. stripped catfish adalah ikan patin

ha..pasnih jadi tokey collagen la ye
sapa2 yang nak jadik bahan ujikaji aku, bole la tinggalkan nama dan alamat ye..
nescaya kulit anda akan sentiasa tegang, awet muda, dan bebifes..

first step untuk collagen extraction yg dah siap:-



kena la letak label, kalo x ada je tangan gatai+terlebih rajin yang tolong cuci bekas nih
lemak yang terbuang lepas dah rendamkan dalam 10% butanol..
kemesraan jelas terlihat antara 10% butanol dengan kulit ikan patin



#sebenarnya aku pon x paham pebende aku buat nih..

Saturday, July 9, 2011

entivairus??

penah x dengar

jangan pakai antivirus A. x elok 2. baik pakai yang E. memang superb habis

atau pun

weh, aku baru beli antivirus K ni. x nak dah aku pakai yang M. beranak-ranak virus dalam ni,tapi x leh detect pon.


haa..ni memang kira normal la kalau orang bincang pasal antivirus ni. masing2 ada pendapat masing2.
so, utk check sama ada antivirus anda bole detect x virus2 yang ada,


JOM CIPTA VIRUS KITA SENDIRI!!!! *pumpumpampong gedebush (efek bunga api)*

resepinya:


X5O!P%@AP[4\PZX54(P^)7CC)7}$EICAR-STANDARD-ANTIVIRUS-TEST-FILE!$H+H*

*copy menatang nih*
paste kan dalam notepad
save as kan dengan letak .com kat blakang dia. contohnye: file makangbudok.com
kalau antivirus anda berfungsi dengan BAIK, dia akan detect file ni serta merta
*kalau x 2 paham2 sendirik la ye*
 
 
 
# file ni x kan bagi efek pon kat laptop/pc korang. ni cuma kod biasa yg developer 
antivirus pakai.. 
 
BYE!!
 
 

GEDEBUMM!!!!!

deghian udoh gugor!!!
lama dah aku tunggu ni
tempat lain musim durian mungkin dah nak habis
tapi kat kampung aku pesta durian baru nak mula
ada yang cakap

'skarang durian dah berlambak jual tepi jalan. beli je la. bukan susah pon'

aku pon terus capai maikropon

2 yang silapnya nye masyarakat kita sekarang ni ye tuan2 dan puan2 sekalian (gaya seorang wakil rakyat)
yang ditunggu bukan duriannya
tapi semangat musim durian 2 sendiri
time ni la yang jauh balik kampung, sama2 redah semak samun carik buah durian
feeling 2 yang mabeles nye..
kalau nak cakap pasal buah durian 2 sendiri
kat tesco pon x penah putus musim

lantak la orang nak cakap ape pon, tapi aku memang slalu overexcited waktu musim durian

waaawawaweeeeewiiiwaaaWOW!!!! (tanda2 hormon eksaited sudah terlebih)

taiko2 durian dulu, kini, dan slamanya *aksi parang memarang bermula*
walawehhhh.....bersepah airliur tengok ni..
bismillahirahmanirrahim..*pelahap cmne pon, doa jangan lupe*
wajah2 mangsa selepas acara aqiqah beramai-ramai


# aku memang suke durian kecik2 gini. yang isi besor2 macam boye 2 aku memang x berkenan