Tuesday, September 17, 2013

destinasi bajet- Penang part 2




sambungan post hari tu.

alhamdulillah trip penang hari tu berjalan macam yang diplan. time pergi dengan balik, langsung takde hujan. ye la kan, risau gak sebenarnye sebab bulan ni memang musim hujan

ok, so back to bussiness. tips untuk yang bergerak ke penang dari area shah alam, korang boleh ikut Guthrie. kat situ jalan memang clear. tapi tol banyak la. x silap, ada lebih kurang 4 tol yang harga rm1.40, pastu tol dah sampai penang tu dalam rm40. tol nak masuk jambatan pulau pinang dalam rm7 *mahal nak mampus kan?*. so, total dalam rm52.60. ni tol untuk pegi je tau. kalau balik, korang boleh exclude tol rm7 untuk jambatan pulau pinang tu sebab nak kluar dari pulau, x yah bayar *bahasa senangnye, tol dia ni 1 way je time nak masuk pulau*

now, nak citer sikit tentang hotel murah yang kitorang duduk. nama dia 100 cintra street kat jalan cintra. 1 malam harga dia rm50. bilik x besar pun, kira muat2 je 2 org. tapi service hotel ni memang terbaik. owner dengan pekerja dia sangat2 friendly. lagi 1, pintu besar hotel ni sentiasa dikunci, so org luar memang x boleh masuk. tapi biasa la kan, hotel murah ni x leh nak expect lebih. dia x de la provide benda2 cam toiletries, heater, dll mcm hotel2 lain2 dia juat bagi towel je and plug dalam bilik pun ada 1 je. bilik ni x de aircond *pakai kipas je* tapi still sejuk. tandas pun kena share ramai2 kat luar. kat sini memang x sesuai kalau korang nak pegi trip yang selesa. kebanyakan yg datang dekat hotel ni pun sume tourist. ada tu dah sebulan dekat malaysia so diorang pilih tempat2 murah je untuk menginap. jap nak share gambar kat hotel tu. 


 


 

hotel ni boleh dikatakan sangat strategik, sebab dia dekat dengan tempat2 makan yang femes kat penang. kitorang hari tu jalan kaki je untuk pegi nasi kandar beratur masjid kapitan keling, nasi kandar line clear, cendol famous penang road,  roti canai dan roti bakar transfer road, chowrasta, dan tempat jual jeruk madu pak ali. *ni sume tempat tang wajib pegi tau*. tips untuk makan2 kat penang, jangan makan makanan yang dalam kedai mewah2. pegi makan dekat gerai yang lorong2 tu je. yang tu sebenarnya yang terBAEKKKKK. 

kedai ni bukak dalam pukul 10. tapi, please datang dalam pukul 9. serius ramai yang beratur kalau korang lambat

haaaa...ramai x? ni belum pkul 10 lagi tau

nasi kandar beratur. worth the wait!!

mamak transfer road. please don't judge a book from its cover. roti canai sini terbaik.. mamak sini buat roti canai ikut suka has. so, jangan terkejut kalau riti canai yang datang tu dalam bentuk bintang ye..

roti canai ayam. serius, terkenang

ni sebelah je kedai roti canai. nama dia roti bakar telu gelang. roti ni dia bakar atas dapur arang. heaven!!!

bukan je dekat ngan tempat makan, hotel ni jugak dekat dengan street art yang diorang letak kat lorong2 kecik sepanjang georgetown ni. gambar seperti di bawah:

 


 


 


 


 


 

tips terakhir utk mana2 yg first time pegi penang ni, korang please pegi kota cornwallis dlu. sebabnye kat sana nanti diorang provide pamplet utk tampat2 mknn best dan kawasan menarik untuk dilawati. lagi 1, penang ni x banyak signboard. kalau korang ada GPS, lagi senang. sbb serius akan sesat..

so, lastly, kos untuk pergi penang dari shah alam:

minyak (saga FLX) = RM80 (pergi balik)
tol  = rm98.20 (pergi balik)
hotel = rm100 (2 malam)

total = rm278.20

hopefully, ni boleh membantu mana2 yang nak buat percutian bajet macam saya hari tu.. :)

3 comments:

muhammad muzammir said...

thank you for info

sukhaa dukhaa dyla said...

Hi . nak tanye . Jaoh tak hotel tu dengan bukit bendera ?

sukhaa dukhaa dyla said...

Hi . nak tanye . Jaoh tak hotel tu dengan bukit bendera ?