Monday, September 5, 2011

cerita raya saya


suasana raya pertama

zon larangan sentuh. kalau x ada je la yang gatal tangan nak bawak turun baju yang dah siap gosok tu. *balik-balik aku jugak yang kena gosok semula*

acara wajib buat pagi2 raya mestilah acara salam menyalam. tengah salam pon sibuk nak ambik gambar. puas kontrol muka waktu salam











dah habis salam, jom gerak pergi rumah makcik pulak.semua pon dah janji nak berkumpul kat sana je..

shooting untuk family photo. siap angkut  alat-alat studio lagi untuk raya kali ni. *punya la sanggup*

hasilnya~~~TADA!!!!

dah habis bergambar bagai, jom kita...

pegi beraya!!!

sebab hari tu tengah panas terik, sampai-sampai je rumah orang, lepas salam, ada yang ambik posisi depan kipas dan tros terbongkang.


x senonoh. *nasib baik la rumah sedara sendiri*
yang lain sume turun bawah dan main dan buat photoshoot lagi kat kebun depan rumah orang * tu yang best bila balik kampung tu*




anak-anak dara+mak orang yang gile glemer di hari raya *haruslah*
aksi lompat dari batang pokok kelapa. sian kat budak-budak kecik yang x paham apa kami nak buat. kat tunggul pokok kelapa tu pulak ada 1 kepala duk sengih gak pandang kamera. *dia kata dia penunggu pokok kelapa..hahaha*

ni gambar konon-kononnya nak nampak efek tangan panjang. tangan dari tengah boleh peluk bahu orang hujung. *macam x jadi sangat tapi nya*
gambar revolusi dari awal tamadun manusia hingga ke zaman moden *tengok yang zaman moden tu siap bawak handbag lagi*


konon-kononnya dia tengah panjat pokok kelapa la ni tapi sebenarnya kaki duk jejak tanah lagi *efek dari bawah sebab nak nampak dia dah panjat tinggi*

bila masing-masing pon dah berpeluh tak hengat dunia, yangkecik pon dah start nagis-nangis sebab mengantuk, tu la petanda dah kena balik.


last picture before balik

~bye bye~

the making of hari raya

lambat sikit update post pasal raya. seminggu ni memang x lekat kat rumah. berjalan je manjang sebab nak bagi sempat beraya sebelum masuk sekolah *cuti sekolah seminggu je*. before post pasal raya, nak post pasal apa jadi malam raya tu..



ni sume kereta yang ada pada hari kejadian. lebih kurang ada 9 buah sume nye (7 family). nasib baik tanah rumah ni besar.pandai-pandai la adjust parking nak bagi muat
disebabkan family besar, boleh la nak buat persiapan over sikit *sikit je, x banyak pon*. bunyi kuali, periuk, belanga, pung pang pung pang, 2 km depan dah boleh dengar *ok, itu obvious tipu*


lepas arwah tok start sakit, x penah dah kitorang buat dodol untuk raya sebab x de sape yang sanggup nak kacau. sebab semua pon dah besar panjang, aktiviti berdodol dimasukkan semula dalam tentatif majlis. *tapi buat sikit je. ni pon nyaris ada yang nak mengamuk sebab penat mengacau*


buat ketupat *wajib okeh*
kat dalam rumah pulak ada orang buat kuih 'putu kacang'. jarang dah orang buat kuih ni. ni pon arwah tok yang selalu buat dulu.

kacang tu kita mampatkan secara brutal *sila lihat pisau sebagai rujukan* dalam acuan dia. buat la macam mana cara dan gaya sekali pon. janji dia mampat. *kuih ni x de syarat*

dah siap mampat, ketuk bagi dia keluar dari acuan. kuih ni spesel sebab x yah nak masak-masak. jemur je kat tengah panas sesuka hatinya

sebab takut hujan, geng abah-abah pasang atap atas zon dodol

ni aksi menyuap nasi ke mulut anak ye, bukan mulut sendiri *orang sebelah tahan je la*

ni siang ikan untuk makan berbuka nanti *ikan talapia bakar*

bila dah petang, masing-masing pon dah terlepek. *join anak tido skali*

yang perempuan pulak prepare untuk berbuka

menu: sayur campur, gulai sayur labu, ikan talapia bakar, sambal belacan, gulai daging salai, sambal perut *meleleh air liur nih*

side belah kanan

side belah kiri

dah habis makan, kemas dapur, dan solat maghrib jemaah, pergi main bunga api pulak

para penonton bunga api

#gambar bakar lemang dan masak rendang x sempat nak ambik sebab dah penat sesangat

Sunday, August 28, 2011

semuanya kerana dot dot dot

seminggu ni, playlist dalam henfon dan laptop dah tukar. takde lagi simple plan, awi rafael, mahupun katy perry. skang ni sharifah aini, jamal abdillah, sudirman pulak yang jadi idaman *tinggal x lekat poster dalam bilik je*. dah tu, jalan pon senyum je memanjang. sampai ada yang tegur, 'ai, senyum je manjang. orang masuk meminang ke?'. orang dah tegur gitu, lagi lah aku senyum, btul x? makanan feveret pon aku dah tukar. kalo dulu suka nak maka tom yam la, ikan bakar la, sekarang ni aku letak feveret food - tart nenas, kuih bangkit, lemang, dan yg seangkatan dengannya. ini sume sebab apa? sebab nak raya la..*hekeleh, macam la orang lain x tau*


 lagu raya pilihan taun nih *enjoice*


x sampai 3 hari pon lagi nak raya. aku palig suka raya sebab time ni la boleh berkumpul.adik aku dari perak, aku dari shah alam, dan kakak aku dar indonesia *bibik ke?* sume berkumpul skali. dah banyak taun kakak aku x balik. so, kali ni memang spesel sebab akhirnya hospital dia bagi cuti lama kat doktor-doktor ni. so, apa lagi, mak terus eksaited belikan baju kurung untuk dia ikut tema taun ni *oren*

tadi, kira last buat makanan raya. aku buat chocolate cupcake. alhamdulillah menjadi jugak..


kebetulan choc chip ada lebih lepas buat kuih raya hari tu. so letak atas kek sebagai hiasan. 2 bijik je untk setiap kek * bajet dh lari sebab overspent*















lepas dah siap bakar, tengok choc chip 2 dah hilang. rupa-rupanya, dia dah tenggelam pegi ke dasar kek


# esok kena bangun awal sebab nak kacau dodol, bakar lemang, buat ketupat, rendang, etc... bestnye raya!!


~ SELAMAT MERDEKA RAYA PEOPLE ~



Monday, August 22, 2011

zuiikin' english

apa benda zuiikin' english nih? ha, dia ni adalah 1 rancangan tv jepun yang disiarkan pada tahun 1992 dekat fuji tv. rancangan ni jugak dikenali officially sebagai Eikaiwa taisĹŤ Zuiikin' English.

eikawa= english conversation
taisĹŤ= gymnastic exercise
zuiikin= voluntary muscle
(terima kasih kamus jepun online sebab buat saya nampak bijak)

so, senang citer, rancangan ni merupakan rancangan senaman aerobik sambil berbahasa inggeris *camne tu??*. yang buat aerobic dalam show ni dipanggil zuiikin' girl ada 24 episod sume nye rancangan ni tapi aku nak tunjuk aku punya personal favourite.


 ni tajuk dia i have a bad case of diarrhea. tengok camne zuiikin' girl buat pergerakan aerobic yang matching dengan english word dia.




yang ni video paling EPIC. memang klakar. kesian pulak bila tengok mat-mat salleh tu buat senaman ni. kalau tengok balik, bila zuiikin' girl buat, x la nampak teruk sangat. tapi bila tengok orang putih ni buat *terutama laki yang duduk depan skali pakai suar pendek tu*, rasa sedih pulak..hahahaha *sedih tapi klakar*

aku slalu kagum ngan negara jepun. kreatif diorang dah sampai tahap langit ke 7 dah *ciplak lagu sharifah zarina jap*. sampai macam ni skali untuk bagi rakyat diorang belajar bahasa inggeris *salute + respect*

pada sape-sape yang rasa nak buat senaman sebelum raya ni, boleh la try buat senaman ni. boleh belajar bahasa inggeris sambil menyihatkan badan. sape2yang stress pon bleh tengok bende ni sebab dia ni SUMPAH klakar

p/s: sila ignore gadis-gadis seksi itu.. kalau rasa nak tengok lagi, klik sendiri kat sini

Sunday, August 21, 2011

puasa ke 22


macam-macam dugaan bila dah nak habis puasa ni *panas, letih,etc*.. kadang-kadang tengok budak kecik minum air pon rasa macam teringin. raya lg 8 hari je lagi. semoga bulan puasa ni lebih memantapkan iman, menguatkan pegangan, dan memberi pengajaran+iktibar kepada semua muslim di muka bumi..amin

Friday, August 19, 2011

misi kuih raya 2011 part 2


~peanut butter cookies~
bosan-bosan nak tunggu berbuka tadi, aku buat kuih raya lagi. kali ni buat peanut butter cookies. kali ni pon overdose gak, smpai x larat dh nk tnggu dia siap bakar *rasanya memang patot meniaga lah ni*.

ni before masak. bentuk cam biasalah, bulat je sebab bulat tu kan menawan *sebenarnye malas nak tekapkan?*


lepas dah siap bakar.. atas yang putih-putih tu sebab tabur gula *hiasan murah*


kalau close up, ha, cmni la keadaan gula atas kuih tu.. wa, cantiknya. cam diamond2 plk *ayat penyedap hati*


mak suruh buat kuih tart nenas pulak pasni. adoi, malasnye. tu lah kuih paling leceh lepas almond london.. :(

Wednesday, August 17, 2011

misi kuih raya 2011

petanda musim raya nak datang semula adalah bila kedai-kedai jual barang-barang buat kuih penuh *kalah waktu sale kat sogo*. semalam pegi kedai, tengok makcik-makcik macam nak main rugby. masing-masing x nak kalah. yang datang sorang strategi nya lain, yang bawak anak pulak strateginya lain. ni semua semata-mata nak rebut sebuku butter, sekampit gula aising, dan sebagainya. aku ngan mak pon x datang ngan tangan kosong *strategi dah siap rangka awal2 lagi*. mak pegi rebut barang, aku pulak beratur kat kaunter *line dia panjang nak mmpos*. bila barang-barang sume dah ada, malam tu sesi buat kuih pon bermula *aku buat sorang je sebab mak pegi terawikh*

~biskut butter+chocolate chip ala-ala chipsmore~
ni la rupa dia sebelum masak. aku buat bentuk bulat-bulat sebab nak bagi nampak macam chipsmore *memang dah niat dari awal lagi nak tiru ~ sori chipsmore*

sebab tengah eksaited *kononnye* nak buat kuih raya ni, aku terlebih bancuh pulak. memang banyak sangat jadi nya. macam nak berniaga pon ada. mla-mula tu mak tolong gak tekapkan kuih *lepas terawikh* tapi dah sampai pukul 11 tu, dia pulak ngantuk. so, aku habiskan lah keje sorang-sorang. nak tekapkan tu dah kemain lama, nak tunggu bakar pun lama gak. nasib baik ada laptop kat sebelah


siap sempat chatting lagi. trima kasih la pada yang sudi teman bakar kuih malam tu *hihihi*
x cukup laptop, tv pon bukak skali. layan senario dulu-dulu *gelak sorang-sorang kat dapur*

kuih yang dah masak. ni batch hujung-hujung. sebab tu bentuk pon dah x berapa nak betul

pukul 1 lbh gitu, baru siap buat sume. 

biskut butter+ chocolate chip

entry ala-ala nescafe 3 in 1

balik shah alam baru-baru ni x bawak balik pon laptop sebab memang dah plan nak balik 3 hari je *isnin ~ rabu*. hari ni bukak je blog tengok-tengok semua dah letak entry baru. so, hari ni aku decide nak buat entry GELOJOH  sikit.. nak combine kan 3 hari pnya situasi dalam 1 entry

***********************************************************************************

hari isnin, pagi-pagi lagi dah pegi lab semula. nerbes gila sebab nak tau jadi ke x, collagen yang aku extract. selama ni, aku cuti seminggu pon sebab nak tunggu dia kering. pegi-pegi je tros terjah bilik yang letak freeze drier. aku tengok sampel aku macam ANEH. gambaran aku tentang collagen lain, tapi yang aku nampak lain pulak

proses mengeringkan collagen.. ni la freeze drier *eh, ke aku penah tunjuk gak dulu? lupe dah..*

ada yang bagi suggestion aku pegi jumpa supervisor tanya pasal collagen tu. mula-mula memang x nak sebab takut kalo salah, macam sia-sia aku duduk u waktu cuti sem ni sepanjang 2 bulan. tapi kalo x tanya, mana nak tau betul ke x kan.. so, gagahkan la pegi jumpa supervisor sambil bawak collagen yang aku letak dalam botol

'eh, betul la ni. memang  macam ni la collagen nye'

rasa macam nak peluk je supervisor tang-tang tu jugak.. dia suruh aku blend benda tu. baru boleh jadi serbuk macam yang kat pasaran tuh *tapi dah blend, still x sama jugak. ah, lantak lah. jnji betul aku punya projek ni*

ni before blend. dah macam sarang burung pon ada. tapi bila tekan, rasa macam span pon ada..
ni lepas dah siap blend. tp x leh nak hancur sangat.

dah setel sume hal, collagen pon dah blend, barang pon dah kemas, tiba-tiba ada sorang budak lab ni nak pegi kompleks pkns *time nih memang tengah meriah bazar raya*. aku join sekaki, sebadan sebab memang dah plan nak cari tudung..

pegi hari isnn pon parking boleh pnuh.. masuk-masuk tengok muka akak-akak yang keje pejabat. tengok jam baru pukul 3. ni sah-sah kes lari dari pejabat sebab nak eli baju raya ni

memang patut la akak-akak pejabat tu sanggup lari dari office. banyak sangat2 pilihan. tapi harga cam MAHEL sikit..

baju matching sedondon pon ada gak. kalu rasa-rasa nak 'serasi bersama' *ala-ala lagu nurul dan ajai* di pagi raya tuh, bole la try baju ni
hari selasa, lepas berbuka, wan dan abie bawak pegi jalan-jalan. aku siap angkut housemates aku suruh ikut skali.plan asal nak pegi uptown shah alam je, tapi abie ajak pegi jauh sikit *danau kota*. masalah nya, x de sapa yang tau jalan nak pegi sana. so, igt nak pakai gps, tapi...


'eh x pe, abie tau jalan pegi sana'
ok, sebab percaya punya pasal, ikutkan jugak la.. tengah-tengah jalan tu tiba-tiba...

'eh, apasal sampai kat tasik perdana pulak nih' *pulak dah..*

last-last pakai jugak gps wan


 and, jumpa jugak danau kotanya walaupun dah berapa kali dia duk sebut RECALCULATING.. so, sesi menghabiskan fulus pon bermula


so, thank you bebanyak kat abie dan wan sebab layan kitorang bawak g jejalan malam tu.*sambil salam-salam*


abie dan wan *kak long and abang long terbaik*


rabu pagi pulak, tros cepat-cepat siap untuk balik pahang semula. bajet nak sampai kl sebelum pukul 9, tapi bangun pulak lambat *pukul 8*. last-last sampai kl pkul 10.45 and beli tiket pukul 11pg

dengan berbekalkan jeans buruk, baju bunga2, beg bunga2, dan selipar bata, aku gagahkan diri pegi kl sorang-sorang *mode syahdu*

ambik port blkng driver. baru ada feeling macam co-pilot dia

dalam monorel pon nasib baik x ramai orang

lepas tiket dah beli, tros boleh naik bas. bila dh kat atas bas, selesakan diri *tu yang siap bersila bagai tu* sebab jauh lagi nak jalan ni

next mission: mak dah pesan balik rumah ni kena buat kuih raya