Sunday, August 28, 2011

semuanya kerana dot dot dot

seminggu ni, playlist dalam henfon dan laptop dah tukar. takde lagi simple plan, awi rafael, mahupun katy perry. skang ni sharifah aini, jamal abdillah, sudirman pulak yang jadi idaman *tinggal x lekat poster dalam bilik je*. dah tu, jalan pon senyum je memanjang. sampai ada yang tegur, 'ai, senyum je manjang. orang masuk meminang ke?'. orang dah tegur gitu, lagi lah aku senyum, btul x? makanan feveret pon aku dah tukar. kalo dulu suka nak maka tom yam la, ikan bakar la, sekarang ni aku letak feveret food - tart nenas, kuih bangkit, lemang, dan yg seangkatan dengannya. ini sume sebab apa? sebab nak raya la..*hekeleh, macam la orang lain x tau*


 lagu raya pilihan taun nih *enjoice*


x sampai 3 hari pon lagi nak raya. aku palig suka raya sebab time ni la boleh berkumpul.adik aku dari perak, aku dari shah alam, dan kakak aku dar indonesia *bibik ke?* sume berkumpul skali. dah banyak taun kakak aku x balik. so, kali ni memang spesel sebab akhirnya hospital dia bagi cuti lama kat doktor-doktor ni. so, apa lagi, mak terus eksaited belikan baju kurung untuk dia ikut tema taun ni *oren*

tadi, kira last buat makanan raya. aku buat chocolate cupcake. alhamdulillah menjadi jugak..


kebetulan choc chip ada lebih lepas buat kuih raya hari tu. so letak atas kek sebagai hiasan. 2 bijik je untk setiap kek * bajet dh lari sebab overspent*















lepas dah siap bakar, tengok choc chip 2 dah hilang. rupa-rupanya, dia dah tenggelam pegi ke dasar kek


# esok kena bangun awal sebab nak kacau dodol, bakar lemang, buat ketupat, rendang, etc... bestnye raya!!


~ SELAMAT MERDEKA RAYA PEOPLE ~



Monday, August 22, 2011

zuiikin' english

apa benda zuiikin' english nih? ha, dia ni adalah 1 rancangan tv jepun yang disiarkan pada tahun 1992 dekat fuji tv. rancangan ni jugak dikenali officially sebagai Eikaiwa taisō Zuiikin' English.

eikawa= english conversation
taisō= gymnastic exercise
zuiikin= voluntary muscle
(terima kasih kamus jepun online sebab buat saya nampak bijak)

so, senang citer, rancangan ni merupakan rancangan senaman aerobik sambil berbahasa inggeris *camne tu??*. yang buat aerobic dalam show ni dipanggil zuiikin' girl ada 24 episod sume nye rancangan ni tapi aku nak tunjuk aku punya personal favourite.


 ni tajuk dia i have a bad case of diarrhea. tengok camne zuiikin' girl buat pergerakan aerobic yang matching dengan english word dia.




yang ni video paling EPIC. memang klakar. kesian pulak bila tengok mat-mat salleh tu buat senaman ni. kalau tengok balik, bila zuiikin' girl buat, x la nampak teruk sangat. tapi bila tengok orang putih ni buat *terutama laki yang duduk depan skali pakai suar pendek tu*, rasa sedih pulak..hahahaha *sedih tapi klakar*

aku slalu kagum ngan negara jepun. kreatif diorang dah sampai tahap langit ke 7 dah *ciplak lagu sharifah zarina jap*. sampai macam ni skali untuk bagi rakyat diorang belajar bahasa inggeris *salute + respect*

pada sape-sape yang rasa nak buat senaman sebelum raya ni, boleh la try buat senaman ni. boleh belajar bahasa inggeris sambil menyihatkan badan. sape2yang stress pon bleh tengok bende ni sebab dia ni SUMPAH klakar

p/s: sila ignore gadis-gadis seksi itu.. kalau rasa nak tengok lagi, klik sendiri kat sini

Sunday, August 21, 2011

puasa ke 22


macam-macam dugaan bila dah nak habis puasa ni *panas, letih,etc*.. kadang-kadang tengok budak kecik minum air pon rasa macam teringin. raya lg 8 hari je lagi. semoga bulan puasa ni lebih memantapkan iman, menguatkan pegangan, dan memberi pengajaran+iktibar kepada semua muslim di muka bumi..amin

Friday, August 19, 2011

misi kuih raya 2011 part 2


~peanut butter cookies~
bosan-bosan nak tunggu berbuka tadi, aku buat kuih raya lagi. kali ni buat peanut butter cookies. kali ni pon overdose gak, smpai x larat dh nk tnggu dia siap bakar *rasanya memang patot meniaga lah ni*.

ni before masak. bentuk cam biasalah, bulat je sebab bulat tu kan menawan *sebenarnye malas nak tekapkan?*


lepas dah siap bakar.. atas yang putih-putih tu sebab tabur gula *hiasan murah*


kalau close up, ha, cmni la keadaan gula atas kuih tu.. wa, cantiknya. cam diamond2 plk *ayat penyedap hati*


mak suruh buat kuih tart nenas pulak pasni. adoi, malasnye. tu lah kuih paling leceh lepas almond london.. :(

Wednesday, August 17, 2011

misi kuih raya 2011

petanda musim raya nak datang semula adalah bila kedai-kedai jual barang-barang buat kuih penuh *kalah waktu sale kat sogo*. semalam pegi kedai, tengok makcik-makcik macam nak main rugby. masing-masing x nak kalah. yang datang sorang strategi nya lain, yang bawak anak pulak strateginya lain. ni semua semata-mata nak rebut sebuku butter, sekampit gula aising, dan sebagainya. aku ngan mak pon x datang ngan tangan kosong *strategi dah siap rangka awal2 lagi*. mak pegi rebut barang, aku pulak beratur kat kaunter *line dia panjang nak mmpos*. bila barang-barang sume dah ada, malam tu sesi buat kuih pon bermula *aku buat sorang je sebab mak pegi terawikh*

~biskut butter+chocolate chip ala-ala chipsmore~
ni la rupa dia sebelum masak. aku buat bentuk bulat-bulat sebab nak bagi nampak macam chipsmore *memang dah niat dari awal lagi nak tiru ~ sori chipsmore*

sebab tengah eksaited *kononnye* nak buat kuih raya ni, aku terlebih bancuh pulak. memang banyak sangat jadi nya. macam nak berniaga pon ada. mla-mula tu mak tolong gak tekapkan kuih *lepas terawikh* tapi dah sampai pukul 11 tu, dia pulak ngantuk. so, aku habiskan lah keje sorang-sorang. nak tekapkan tu dah kemain lama, nak tunggu bakar pun lama gak. nasib baik ada laptop kat sebelah


siap sempat chatting lagi. trima kasih la pada yang sudi teman bakar kuih malam tu *hihihi*
x cukup laptop, tv pon bukak skali. layan senario dulu-dulu *gelak sorang-sorang kat dapur*

kuih yang dah masak. ni batch hujung-hujung. sebab tu bentuk pon dah x berapa nak betul

pukul 1 lbh gitu, baru siap buat sume. 

biskut butter+ chocolate chip

entry ala-ala nescafe 3 in 1

balik shah alam baru-baru ni x bawak balik pon laptop sebab memang dah plan nak balik 3 hari je *isnin ~ rabu*. hari ni bukak je blog tengok-tengok semua dah letak entry baru. so, hari ni aku decide nak buat entry GELOJOH  sikit.. nak combine kan 3 hari pnya situasi dalam 1 entry

***********************************************************************************

hari isnin, pagi-pagi lagi dah pegi lab semula. nerbes gila sebab nak tau jadi ke x, collagen yang aku extract. selama ni, aku cuti seminggu pon sebab nak tunggu dia kering. pegi-pegi je tros terjah bilik yang letak freeze drier. aku tengok sampel aku macam ANEH. gambaran aku tentang collagen lain, tapi yang aku nampak lain pulak

proses mengeringkan collagen.. ni la freeze drier *eh, ke aku penah tunjuk gak dulu? lupe dah..*

ada yang bagi suggestion aku pegi jumpa supervisor tanya pasal collagen tu. mula-mula memang x nak sebab takut kalo salah, macam sia-sia aku duduk u waktu cuti sem ni sepanjang 2 bulan. tapi kalo x tanya, mana nak tau betul ke x kan.. so, gagahkan la pegi jumpa supervisor sambil bawak collagen yang aku letak dalam botol

'eh, betul la ni. memang  macam ni la collagen nye'

rasa macam nak peluk je supervisor tang-tang tu jugak.. dia suruh aku blend benda tu. baru boleh jadi serbuk macam yang kat pasaran tuh *tapi dah blend, still x sama jugak. ah, lantak lah. jnji betul aku punya projek ni*

ni before blend. dah macam sarang burung pon ada. tapi bila tekan, rasa macam span pon ada..
ni lepas dah siap blend. tp x leh nak hancur sangat.

dah setel sume hal, collagen pon dah blend, barang pon dah kemas, tiba-tiba ada sorang budak lab ni nak pegi kompleks pkns *time nih memang tengah meriah bazar raya*. aku join sekaki, sebadan sebab memang dah plan nak cari tudung..

pegi hari isnn pon parking boleh pnuh.. masuk-masuk tengok muka akak-akak yang keje pejabat. tengok jam baru pukul 3. ni sah-sah kes lari dari pejabat sebab nak eli baju raya ni

memang patut la akak-akak pejabat tu sanggup lari dari office. banyak sangat2 pilihan. tapi harga cam MAHEL sikit..

baju matching sedondon pon ada gak. kalu rasa-rasa nak 'serasi bersama' *ala-ala lagu nurul dan ajai* di pagi raya tuh, bole la try baju ni
hari selasa, lepas berbuka, wan dan abie bawak pegi jalan-jalan. aku siap angkut housemates aku suruh ikut skali.plan asal nak pegi uptown shah alam je, tapi abie ajak pegi jauh sikit *danau kota*. masalah nya, x de sapa yang tau jalan nak pegi sana. so, igt nak pakai gps, tapi...


'eh x pe, abie tau jalan pegi sana'
ok, sebab percaya punya pasal, ikutkan jugak la.. tengah-tengah jalan tu tiba-tiba...

'eh, apasal sampai kat tasik perdana pulak nih' *pulak dah..*

last-last pakai jugak gps wan


 and, jumpa jugak danau kotanya walaupun dah berapa kali dia duk sebut RECALCULATING.. so, sesi menghabiskan fulus pon bermula


so, thank you bebanyak kat abie dan wan sebab layan kitorang bawak g jejalan malam tu.*sambil salam-salam*


abie dan wan *kak long and abang long terbaik*


rabu pagi pulak, tros cepat-cepat siap untuk balik pahang semula. bajet nak sampai kl sebelum pukul 9, tapi bangun pulak lambat *pukul 8*. last-last sampai kl pkul 10.45 and beli tiket pukul 11pg

dengan berbekalkan jeans buruk, baju bunga2, beg bunga2, dan selipar bata, aku gagahkan diri pegi kl sorang-sorang *mode syahdu*

ambik port blkng driver. baru ada feeling macam co-pilot dia

dalam monorel pon nasib baik x ramai orang

lepas tiket dah beli, tros boleh naik bas. bila dh kat atas bas, selesakan diri *tu yang siap bersila bagai tu* sebab jauh lagi nak jalan ni

next mission: mak dah pesan balik rumah ni kena buat kuih raya

Friday, August 12, 2011

shopping raya

hari ni keluar pegi shopping raya 1 family. sebab skang ni musim panas yang melampau, so kitorng sume pegi shopping raya malam. awal2 lagi air semayang dh ambik, tepek pape yg patut kat muka, n prepare utk bukak puasa. hbs bukak puasa tros semayang maghrb n dalam pukul 8 tu dah gerak pegi Temerloh *saje gatai-gatai aku letak link wiki pasal temerloh kat sini*


singgah isi minyak jap kat petronas *time ni aku dh ngantuk*


kononnye nak bagi hilang mengantuk, ambik la gambar skali dua.. tapi mata dh x tahan. last2 tertido jugak *ni la kalo bukak pose main balun je..*


dalam tido 2,  dgr gak mak tengah borak ngan aku. mula-mula tu aku diam je *tengah kusyuk dengar la kononnya* tapi pastu macam kesian pulak bila dia cakap sorang. nak x nak, paksa bukak mata luas2 n main snap2 gambar lagi *time ni tengah kat atas jambatan temerloh*
kiranya malam ni sebenarnya nak g shopping utk adik sebab pasi kalau ada barang nak beli lagi, dah x yah bawak dia. dia pon x suka sangat kalo nak jalan siang2. bukan senang nak beli barang-barang dia. nak beli selipar je pon, dah nak dekat setengah jam pilih (dalam 1 kdai). nak beli songkok pon cam 2 gak. ni x kena, tu x kena *padahal aku tengok sume songkok sama je*.. lepas dah dapat barang2 dia, mak nak cari tudung utk baju raya dia pulak.

time ni iji (adik) dah bosan. dia sanggup dudk celah-celah kain tu. mulut pon dah bising suruh kitorang ambik je mana-mana tudung yang ada *ha, baru tau camne kitorang tunggu dia pilih barang tadi rasa camne. padan muka*


mak dah jumpa tudung yang dia berkenan. tros beli. x nak pikir-pikir dah

sebelum balik abah ajak singgah mamak dulu. dia nak minum teh tarik. tapi aku macam x berkenan sangat mamak kat temerloh ni. dah la ramai orang, x sdap sangat pulak tu. aku ajak abah pegi kdai yang lengang skit. jumpa la 1 kdai  melayu ni. kdai dia ramai orang gak, tapi x crowded. so, decide minum kat situ w'pun abah x nak sebenarnya *dia cakap teh tarik kedai melayu slalu nye x sdap*


tengah tunggu order. mak pulak tengah tengok orang kedai ni masak murtabak. sebab dah lama sangat tengok, tiba-tiba jadi teringn. so, order la 1


siap bukak meja kat atas jalan lagi kedai ni. ramai gak yang datang singgah w'pun kedai ni x la femes sangat


muka bertenang sambil tunggu teh o ais


abah order roti canai. roti canai kat sini klakar sebab bentuk dia x bulat *senget benget*.. dah habis gelak tu,try pulak rasa. memang sedap gile la..


murtabak daging. memang mabeles la.. slalu kalo yang kat bazar tu, penuh ngn bawang n kobis je. tapi yang ni  daging 98% n bawang 2%..* A++ utk murtabak dia*

lepas makan tengok abah pon dah puas hati minum kat sini. teh tarik dia pon sedap. time utk bayar pulak

*rm8.50 je bang*


eh??.. dengan teh tarik, nescafe ais, milo panas, teh o ais, roti canai, dan murtabak daging, tu memang boleh dikategorikan sebagai MURAH dah tu *kedai mamak x dapat ni*.. abah pon senyum je sambil bayar *hihihihi*.. tengok jam dah pukul 11. so tros balik. dalam kereta aku ngatuk semula, but tahankan jugak sampai ke rumah sebab mak ajak borak lagi *hmmmm*





Monday, August 8, 2011

puasa ke 8


lepas terawikh menu kat rumah ni, kalau x murtabak, mesti popia. kalau hari ni murtabak, esoknya mesti popia. kalau rasa nak ranggi sikit lepas terawikh, abah belikan roti john kat bazar ramadhan. tapi selalu nya x dapat sambutan sangat. so,menu nye berbalik semula la ke murtabak dan popia. hari ni tiba-tiba aku rasa cam nak prepare makanan after terawikh aka moreh.. kepakaran aku adalah tauhu sumbat yang aku blajar waktu aku keje jaga budak dulu. tapi ni bukan macam tauhu sumbat yang kat kedai yang sumbat taugeh, sengkuang, bagai tu *bukan, bukan..*. yang ni lain punya..


*jeng jeng!!* ni la tauhu sumbat yang aku buat tu. adik aku cakap ni baru tauhu sumbat,sebab dia tengok aku sedaya upaya sumbat inti dia masuk dalam tuh.. rupa dia huduh sket. tapi x pe, mak kata biar huduh luar tapi hati dalam baik *ada hati ke mende nih??*. yang macam sambal tu sebenarnya kuah kacang. sempat jugak aku buat tu tadi.
.
.
.

sebenarnya x perlu pon tutorial cara nak makan ni tapi sebab aku dah bosan tak tau nak buat apa, aku pun memanjangkan la entry ni dengan tutorial cara-cara makan tauhu sumbat ni

slalu nye aku main cicah je dalam kuah kacang tu, tapi sebab nak nampak mewah *aicehh*, aku pon tabur/siram/jirus kuah kacang atas tauhu ni.. bior banjir sket. baru sedap


ni gambar bila dia dah dibelah dua.. 2 la inti dia. aku letak carrot, saderi, bawang, cili, dan ikan bilis.

#tiba-tiba lepas buat entry ni, jadi lapar balik.. pegi dapur jap lah




Friday, August 5, 2011

balik kampung


akhirnya minggu dapat gak balik lepas sebulan duduk kat shah alam tu. balik pon tumpang orang je *time kasih cik wan sebab offer*. kitorang balik naik grand livina dari kl bertolak pukul 10 malam. dalam kete tu, sumbat sampai 7 orang sekaligus *hamekkaw*. memang la dalm iklan pon dia bagitau kapasiti kete tu 7 orang, tapi kali ni manusia2 yang naik kete 2 disenaraikan sebagai 'manusia baka baik' *tembun la tu*. ada mamat polis tepi jalan tu dia ushar je bila kitorang melintas. *jangan salahkan kitorang incik, dalam iklan dia memang tulis kete tu boleh naik 7 orang. kami ikutkan je..*. sebelum sampai terowong tu, boleh pulak jam.. kesian kat abang driver..


jam.. first time ushar pemandangan dalam terowong. selama ni main lintas je.. boleh pulak dalam terowong ni, ada yang main citer2 hantu.. aku takut tapi aku buat-buat releks..

nak dekat pukul 1 baru sampai rumah.

*HOME SWEET HOME*

#pagi tadi pukul 10 abah cakap, malam ni kita buka makan ayam percik nak?? kemain awal dah cakap pasal lauk berbuka. ada 9 jam lagi tuh nak berbuka.

Monday, August 1, 2011

penunggu di bulan ramadhan

sape kata x de penunggu kat bulan ramadhan ni?? aku berjaya buktikan penunggu tu wujud
 

tu bukan tekun discuss pasal projek tapi tengah tekun bincang bazar ramadhan mana yang nak pegi petang nanti

wajah pasrah yang terpaksa angkat se-tong distilled water di bulan puasa. sambil angkat air sambil merenung nasib di perantauan


# KAMILAH PENUNGGU LAB DI BULAN RAMADHAN NI

lagu dari hamba

sepanjang aku kat shah alam ni ada 2 lagu yang aku x stop main. x kisah lah dari hp or laptop *saye x de mp4, i pod, dan sebagainye*. 2 lagu melayu ni memang best gila *bulan puasa, ayat pon kena puasa jugak*, sebab dia lain dari yang lain *aku rasa la*.. 

lagu awi rafael- pulanglah. ada 2 version. english n melayu. kalo x silap yang melayu 2 tajuk dia berlari. tapi aku suka dengar version yg ni.



lagu ni boleh buat kepala aku borgoyang sepanjang hari di bawah pengaruh minda separuh sedar. memang layan habis. lagu dari ning baizura, jaclyn victor, n sheila hamzah *ala, ank nd lala 2 la* tajuk dimana di mana.. puas hati layan lagu ni dari pagi sampai ke pagi esok...


#sebenarnya aku pegi lab hari ni tapi x de pape pon nak buat. nak post ape pon x tau. so, godek2 la apa yang boleh dalam youtube ni. tengok-tengok jam lambat lagi nak maghrib ni.. *HAIH*